Tuesday, March 3, 2009

ini untuk kesedaran kepada bakal-bakal kaunselor dan juga kaunselor sekolah. jadikan ia satu iktibar. Lakukan kerja dengan amanah.
Dicabul sebab 'katak dalam rahim'
PUTRAJAYA - Seorang guru kaunseling yang didapati bersalah mencabul guru pelatih wanita yang kononnya terkena sihir ketika upacara mengeluarkan katak daripada rahim mangsa, semalam gagal melepaskan dirinya daripada hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan akibat perbuatannya itu.

Guru tersebut, Mohd. Aarif Md Yusuf akan menjalani hukuman itu mulai semalam, setelah permohonannya untuk mendapatkan kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan di sini ditolak.

Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama Hakim Datuk Hasan Lah dan Hakim Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak permohonannya setelah mendapati ia tidak mempunyai merit.

Pada 4 Jun 2007, Mohd. Aarif didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang guru pelatih, 24, dengan cara meraba payu dara dan kemaluan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Kuala Muda, Butterworth pada pukul 7.45 malam 22 Mei 2005.

Tertuduh, yang dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM5,000, merayu ke Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 28 Januari 2008.

Dalam prosiding semalam, tertuduh melalui peguam bela Ang Chun Pun mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Majistret atas alasan terdapat isu undang-undang yang perlu diputuskan berhubung kegagalan majistret mengambil kira bukti sokongan ketika mensabitkan tertuduh dengan kesalahan itu.

Tuesday, February 17, 2009




kartun motivasi..
kartun ni boleh digunakan sebagai medium dalam menyampaikan ceramah. kadangkala kartun ini lebih senang untuk menyampaikan isi-isi ceramah keapda para pelajar. saya mempunyai banyak koleksi kartun motivasi,sape-sape yang nak boleh contact saya.

Tuesday, February 3, 2009

BERKASIH

Ayam didik mulalah terbang
Berisi pakaian si anak raja
Kalau hati sudahlah suka
Semua keadaan indah sahaja.

Bawa peti dari Melaka
Berisi pakaian si anak raja
Kalau hati sudahlah suka
Semua keadaan indah sahaja.

Dihinggap api habis rentung
Kayu alang atapnya ijuk
Buah hati pengarang jantung
Kalau meradang payah dipujuk

Rindu dendam keluh kesah
Seolah sembilu menusuk kalbu
Rinduku dalam hatiku resah
Terasa pilu tidak bertemu

Tunduk malu tidak biasa
Bunga Melati jadi tumpuan
Sehari berlalu setahun terasa
Rindu di hati padamu puan

Ikan batu di atas bara
Pohon selasih di tepi kota
Fikiran buntu badan sengsara
Bila kekasih tiada dimata

Tikar mengkuang berbelang-belang
Ayam dara atas pedati
Kasih tuan tidak terbilang
Sudah jelira dalam hati

Bunga saya bunga Melati
Bunga-bungaan harum baunya
Kasih saya sepenuh hati
Kasih tuan mana hinggapnya

NASIHAT

Buah berangan buah bidara
Ranting tersangkut dihadapan pintu
Bersubang ku sangka dara
Bermisai berjanggut kenapa begitu

Hari raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai maknusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera

Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Bahasa cabul patang larangnya

Roti kaya airnya bandung
Jadi hidangan datuk panglima
Biar pun kaya 7 gedung
Tidak sembahyang tiada berguna

AIDILFITRI

Dingin di perigi waktu pagi
Berkokok ayam ditengah laman
Aidil fitri menjelma lagi
Tamatlah ujian bagi yang beriman

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

hari keluarga bimbingan&kaunseling UPSI

salam semua..pada tahun lepas persatuan bimbingan dan kaunseling telah mengadakan hari keluarga bagi merapatkan hubungan yang sedia terjaling antara kami. Banyak program yang diaturkan. Paling lucu apabila aku dan rakan-rakan menyertai pertandingan tarik tali. Kumpulan akulah yang mempunyai tubuh yang paling kecil tapi dapat jugak nombor tiga.Kira ok lah tu,,hehe..kat bawah ni aku sertakan gelagat masa kami main tarik tali...gelak sorang-sorang aku tengok video ni,haha..

Tuesday, January 20, 2009



Salam semua..inilah saya..selamat maju jaya untuk anda semua dalam setiap perkara yang anda lakukan..

Salam Muhibah...

Assalamualaikum&salam sejahtera semua...Alhamdulillah malam ini saya berjaya juga mempunyai blog sendiri.Selama ini saya begitu menginginkan blog sendiri untuk berkongsi maklumat berkenaan kerjaya, pendidikan serta berkongsi apa-apa sahaja masalah,cerita atau pengalaman-pengalaman anda.Saya sendiri akan sedia berkongsi pengalaman dan cerita-cerita saya yang mungkin ada persamaan dengan anda..siapa tahukan?..insyAllah kita berjumpa lagi..